Testimoni dan Panduan Membeli Produk Penapis Air Yang Terbaik
Hi .
So kalau kebiasaannya korang pergi jalan jalan shopping mall ke, mungkin ada ternampak promoter yang promote Coway. Biasanya dekat booth kecik kecik je, atau pushcart . Tiap kali aku lalu je mesti diorang tegur "Penapis air kak ... " "Coway kak ... " .Tapi kebiasaannya aku cuma sengih sengih dan terangguk angguk cem bangang serta berlalu pergi .
Aku tak kisah dia nak promote ke apa tapi apasal panggil aku Kakak? Feeling tua you know. Kalau dulu dulu tu suka lah sebab tak sabar nak rasa dewasa. Bila dah umur separa 50 ni, iols terus ada sensitiviti tinggi terhadap umur .
Kfine, tak kisahlah pasal tu.
Memang tak dinafikan pun Coway ni bagus . Sebab aku memang pakai satu pun kat rumah . Eh, dua! haha . sebab tu bila aku lalu depan promoter dan dia promote, aku sesengih je. Taknak lah cakap "eh takpe, iols dah ada dua ketol dah kat rumah" sebab nanti dia tacing , orang lain dah sebat komisyen dia mihmih .
Dekat rumah aku ada dua bendalah Coway ni. Satu penapis air, satu penapis udara. Mengada sangat ambik penapis udara tu. Padahal dekat rumah bukan ada bela binatang ke apa. Ala ala nak menyegarkan udara dalam rumah lah gitew . Kalau dah lori sampah lalu, takde nya mampu dia nak segarkan udara tu .Tercekik cekik mencari sehembus udara segar jugak hahahah . Penapis udara ni elok untuk rumah rumah yang ada bayi bayi mahupun individu yang menghidap asma dan alahan yang teruk. I mean, alah pada habuk ke , bulu binatang ke, macam tu. Alah membeli menang memakai tak kira ya
Untuk penapis air pula memang aku berpuas hati . Sebab kalau tak... sebelum ni bila nak air untuk minum ke apa, jenuh nak kena jerang air - tunggu sejuk - transfer dalam bekas kosong blabla and the cycle goes on. Bila dah ada ni mudah sikit keje aku.
Aku ambil penapis air yang model Petit ni. Comel je. Malam malam ada keluar lampu. Awal awal guna , jakun juga lah dengan lampu lampu ni. well biasalah, sebelum ni takde penapis air kan. Tapi dengar kata penapis air Cuckoo lagi canggih, siap ada bunyi bunyi bagai . Wow canggihnyewwwww .
Penapis air Coway ada berbagai spesis dengan fungsi dan tahap kecanggihan berbeza. Model yang aku ambik ni boleh dispense air pada 3 suhu berbeza. Air panas (memang panas, guna untuk masak megi haha) , air suam (takde la suam pun, air pada suhu bilik) dan air sejuk (air sejuk ni memang sejukk habaq hangg , menyamankan tekak tatkala jiwa meronta ronta inginkan air - macam air simpan dalam peti) . Ketiga tiga ni memang aku perlukan dan aku minum. Kira berbaloi lah aku ambil spesis yang ni. Ada juga yang model murah sikit tapi keluarkan air suam je.
Ekceli , tujuan utama aku pakai Coway ni sebab nak dapatkan bekalan air minum yang bersih. Air dekat rumah aku ni asyik kotor je. Kadang tu keluar macam air karat karat kaler kuning. Hazab menengoknya. Tak mampu lah nak telan even air tu dah masak. Aku masak air dalam cerek dulu pun keladak je aku tengok air tu jadinya. Dah masak 3,4 limablas kali pun keladak gak. Lama lama aku fedap! Ahhhhhhh dan akhirnya ter-sewa lah Coway ni.
Haah Coway ni sewa je wakk. Kita tak beli wak. Mahal bebenor lah wak kalau nak belinyeee . Tapi ekceli sewa sewa pun mahal jugak. Komitmen bulanan nak bayar penapis air dan penapis udara 2 ketoi ni je dah RM200. Untuk air tu sewa RM110, yang penapis udara tu RM90. Ekceli tak larat dah nak sewa hahaha tapi ada kontrak 2 tahun. Ku gagahi jua lah. Katanya lagi 2 bulan je kontrak nak habis. Bila dah nak tamatkan kontrak tu, nanti ada lah staff dia datang hangkut semula kedua dua ketoi bendasing ni .
Sepanjang aku menyewa barangan Coway ni, aku siap dapat member baru lagi haha. Tak memasal jadi bff dengan dia punya staff yang selalu datang rumah buat service. Biasanya setiap 2 bulan sekali lah diorang datang. Staffnya bertukar tukar, tapi so far yang aku kenal dah 3 orang perempuan, chinese. Ada je benda borak borak. Friendly je diorang, buat kerja pun laju. Bagus bagus! Tapi takpernah terfikir pulak aku nak ajak diorang selfie. Kalau tak, boleh tempek muka sorang sorang kat sini haha . Coway lady atau staff coway yang datang rumah buat service semua ni dipanggil Cody. Comel je nama. Biasa dorang datang memang siap beruniform (sila rujuk gambar dibawah) , dengan bawa baldi lah, berus span bagai sebab nak cuci dan sental filter penapis air & penapis udara yang dah berkeladak tu. Good job betteh!
Rasa macam rugi pulak nak stop kontrak sebab memang puas hati lah pakai Coway ni. Bekalan air pun bersih je, nak minum air sentiasa ada bekalan. Takpayah susah susah bawa botol besar isi air dekat mesin tepi kedai runcit tu dah. Tapi tula, saat kegawatan poket ni - kena fikir fikirkan balik. Atau maybe terminate yang penapis udara tu je. Dan teruskan sewa penapis air. Kalau sesak napas ke habuk ke next time, pergi je seludup face mask banyak banyak dekat lab Micethahaha keji nya cadangan :p
Korang ada bercadang nak guna Coway ke? Mungkin boleh dipertimbangkan tapi kena teliti kan juga lah korang punya bajet berapa . Sebab komitmen menyewa ni selama 2 tahun. Kalau nak terminate sebelum habis kontrak, dikenakan penalti. Tapi aku taktahu lah berapa, tak pernah tanya pulak.
Btw, untuk menyewa ni bayaran ada macam macam cara termasuk credit card, direct debit dan auto debit. Kiranya kalau nak guna direct debit, tiap bulan tu kena pastikan duit dalam akaun cukuplah, so nanti bayaran korang bulan bulan akan terus ditolak dari akaun. Takde lagi isu lambat bayar, lupa bayar atau buat buat lupa bayar hehehe .
Untuk maklumat selanjutnya korang google je, takkan tu pun nak kena ajor hahaha (keji) . k lah kalau malas sangat nah click SINI
Till then, Thanks for reading gais!
Related search : penapis air Coway, coway penapis air, harga penapis air coway, coway bagus,servis coway,coway malaysia,harga sewa coway, coway penapis udara,coway bagus,bagus ke coway,coway murah,coway servis laju,coway kuala lumpur,coway melaka,cara sewa coway,bayaran coway,cara bayar coway,beli penapis air
Sharing from: http://blog.farahdafri.com/2016/05/bagus-ke-coway-ni.html
berguna ni, sama mcm post yg baca baru2 ni https://fazillahasyikin.blogspot.com/2022/06/panduan-terbaik-untuk-membeli-penapis.html
BalasPadam